Monday 27 February 2012

Baja Bio-Organik Cecair (0-CHEM)

       Baja cecair bio-organik yang diedarkan oleh Agronic Trading adalah baja cecair asli tanpa sebarang penambahan bahan kimia yang dihasilkan melalui pengestrakan kompos cacing beserta lembapan atau lendir yang terdapat pada cacing.
    Baja cecair bio-organik 0-CHEM adalah baja cecair yang berfungsi menggantikan baja kimia dalam aktiviti pembajaan pokok kelapa sawit yang mana ianya memberi nilai tambah dan kepelbagaian pada tumbesaran pokok dan juga penghasilan buah kelapa sawit yang berkualiti tinggi.
     Baja ini juga sesuai untuk semua jenis tanaman, termasuklah sayur-sayuran, bunga-bungaan dan juga tumbuhan renek. Baja ini dibuat untuk membantu pengusaha dan pekebun tidak mengira skala walau kecil atau besar untuk mengurangkan kos dan juga meningkatkan hasil keluaran tanaman disamping menjaga tanaman dan struktur tanah untuk jangka masa panjang.
     Penggunaan baja cecair organik ini dapat mengekalkan nutrien dalam tanah serta membantu penyerapan nutrien oleh pokok dengan proses penguraian nutrien dalam tanah secara semulajadi dengan bantuan mikro organisma baik yangtidak merosakkan tanaman. Proses ini juga dalam masa yang sama menstrukturkan dan menggemburkan tanah untuk pengudaraan yang baik bagi akar pokok.

   Dari segi pasaran sekarang,baja kami sedang digunakan oleh beberapa ladang felda di semenanjung untuk tanaman kelapa sawit. Dan hasil yang dikeluarkan sangat memberangsangkan. Manakala bagi tanaman renek pula sedang rancak digunakan di Kelantan.
     Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada Agronic Trading dalam membantu masyarakat di Malaysia dalam memajukan sektor pertanian dan meningkatkan ekonomi rakyat dan negara.



KANDUNGAN MAKRONUTRIEN & MIKRONUTRIEN
Nitrogen (N)         1200 mg/L
Fosforus (P)          1600 mg/L
Kalium (K)            6700 mg/L
Magnesium (Mg)    1200 mg/L
Kalsium (Ca)         6600 mg/L
Boron (B)              3000 mg/L
Kuprum (Cu)              1 mg/L
Ferum (Fe)              385 mg/L
Zink (Zn)                 <1 mg/L
pH                         4.64

 Baja Bio-Organik Cecair (BioCrops) 5 LITER


RM180 Sebotol

Hubungi 019-3977979 (Firdaus)

AGRONIC TRADING


     Selamat datang ke laman blog Agronic Trading. Kami mengalu-alukan kunjungan anda semua dengan hati yang terbuka. 

    Agronic Trading adalah syarikat milik penuh bumiputera yang memproses, mengilang, mngeluar, membekal dan mengedar baja bio-organik jenis cecair melalui kaedah teknologi vermikompos beserta campuran EFB, POME dan juga beberapa jenis bakteria baik yang terpilih. 




************************************************************
 Baja Bio-Organik Cecair (BioCrops) 5 LITER


RM180 Sebotol

Hubungi 019-3977979 (Firdaus)