Sunday 25 March 2012

KELEBIHAN MIKROORGANISMA BERFAEDAH DALAM BAJA ORGANIK


  • Menambahkan hasil tanaman  dengan cara yang selamat tanpa penggunaan bahankimia yang mungkin akan menyebabkan keracunan dan perubahan genetik
  • Menambahkan kualiti pada tanaman samada dari tanah itu sendiri dan persekitaran tumbuhan
  • Mikroorganisma berfaedah akan memastikan tahap keasidan dan kelembapan tanah akan sentiasa terpelihara selagi tiada kehadiran bahan kimia dengan cara penguraian bahan organik kepada mineral yang sangat berguna untuk tanaman dan juga tanah. Sekiranya kehadiran bahan kimia dalam tanah adalah positif, ini akan memberikan kesan negatif pada tanah kerana sesetengah bahan kimia sangat sukar diurai walaupun beribu tahun berada di dalam tanah walaupun adanya mikroorganisma berfaedah ini.
  • Melindungi tanaman dari serangan serangga dan penyakit tanpa semburan dari racun serangga yang menyebabkan manusia dan juga sesetengah haiwan memakan bahan kimia dari racun
  • Menghasilkan polisakarida bagi meningkatkan pengumpulan nutrien tanah
  • Membantu untuk melarutkan nutrien tanah yang tidak boleh larut (ejen pelarut) 
  • Menghasilkan molekul organik yang mudah untuk pengambilan nutrien oleh tumbuhan
  • Mengurai toksik termasuk dari racun serangga
  • Mengitar semula dan menambahkan kehadiran nutrien tumbuhan
  • Menyahaktif patogen dalam tanah
  • Menghasilkan pengudaraan tanah yang baik untuk serapan nutrien 



************************************************************
 Baja Bio-Organik Cecair (BioCrops) 5 LITER


RM180 Sebotol

Hubungi 019-3977979 (Firdaus)

Thursday 15 March 2012

Kenapa nilai NPK pada baja organik rendah berbanding baja kimia??

Kajian menunjukkan bahawa nilai NPK sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok selain daripada elemen-elemen mikro seperti Fe, Mg dan lain-lain. Akan tetapi, kandungan NPK yang rendah didalam baja organik tidak mempengaruhi serapan nutrien oleh pokok. Ini adalah kerana baja organik secara semulajadi akan menghasilkan nilai NPK yang tinggi didalam tanah untuk diserap oleh tumbuhan dengan bantuan mikroorganisma dan makroorganisma seperti cacing.
  
Manakala nilai NPK pada baja kimia amatlah tinggi memandangkan  komponen nutrien memberikan fungsi yang berlainan pada pokok. Akan tetapi, jumlah serapan nutrien yang diserap oleh pokok amatlah sedikit memandangkan komponen baja kimia yang kompleks dan tidak dapat diurai sepenuhnya oleh makroorganisma dan mikroorganisma didalam tanah.
  
Tanpa penggunaan baja kimia, tumbuhan juga dapat bertumbuh dengan baik dengan kurangya penyakit. Kelebihan-kelebihan yang terdapat didalam baja organik dari segi nutrien tidak akan terdapat didalam baja kimia.
Selain fungsi utama baja organik sebagai agen penstabilan struktur pada tanah, ia juga membantu tumbuhan membina ‘system immune’ supaya tumbuhan tidak mudah diserang penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan tumbuhan mati dan tidak sihat. 
   
Penggunaan baja kimia lebih banyak mendatangkan kesan negatif pada tanah dan pokok walaupun zahirnya pokok kelihatan sihat serta cukup nutrien. Pengurangan penggunaan baja kimia juga dapat mengurangkan kesan pemanasan global memandangkan bahan kimia mempunyai sifat menghakis dan mudah meruap yang akan memberikan impak negatif pada kesihatan manusia juga. 



************************************************************
Baja Bio-Organik Cecair (BioCrops) 5 LITER


RM180 Sebotol

Hubungi 019-3977979 (Firdaus)

Monday 5 March 2012

TAKLIMAT PEMBAJAAN DAN PENGENDALIAN BAJA DI FELDA KEMAHANG 1

Pada 4 Mac 2012, Agronic Trading berjaya menjalankan satu taklimat kaedah membaja dan pengendalian baja bio-organik 0-CHEM kepada peneroka di Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan. Hadirin yang dijemput adalah ketua-ketua blok dan pengedar-pengedar baja di tempat tersebut.