Thursday 15 March 2012

Kenapa nilai NPK pada baja organik rendah berbanding baja kimia??

Kajian menunjukkan bahawa nilai NPK sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok selain daripada elemen-elemen mikro seperti Fe, Mg dan lain-lain. Akan tetapi, kandungan NPK yang rendah didalam baja organik tidak mempengaruhi serapan nutrien oleh pokok. Ini adalah kerana baja organik secara semulajadi akan menghasilkan nilai NPK yang tinggi didalam tanah untuk diserap oleh tumbuhan dengan bantuan mikroorganisma dan makroorganisma seperti cacing.
  
Manakala nilai NPK pada baja kimia amatlah tinggi memandangkan  komponen nutrien memberikan fungsi yang berlainan pada pokok. Akan tetapi, jumlah serapan nutrien yang diserap oleh pokok amatlah sedikit memandangkan komponen baja kimia yang kompleks dan tidak dapat diurai sepenuhnya oleh makroorganisma dan mikroorganisma didalam tanah.
  
Tanpa penggunaan baja kimia, tumbuhan juga dapat bertumbuh dengan baik dengan kurangya penyakit. Kelebihan-kelebihan yang terdapat didalam baja organik dari segi nutrien tidak akan terdapat didalam baja kimia.
Selain fungsi utama baja organik sebagai agen penstabilan struktur pada tanah, ia juga membantu tumbuhan membina ‘system immune’ supaya tumbuhan tidak mudah diserang penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan tumbuhan mati dan tidak sihat. 
   
Penggunaan baja kimia lebih banyak mendatangkan kesan negatif pada tanah dan pokok walaupun zahirnya pokok kelihatan sihat serta cukup nutrien. Pengurangan penggunaan baja kimia juga dapat mengurangkan kesan pemanasan global memandangkan bahan kimia mempunyai sifat menghakis dan mudah meruap yang akan memberikan impak negatif pada kesihatan manusia juga. 



************************************************************
Baja Bio-Organik Cecair (BioCrops) 5 LITER


RM180 Sebotol

Hubungi 019-3977979 (Firdaus)

No comments:

Post a Comment